INTRODUCTION
I found it very fascinating and at the same time excited to see most of my fellow bikers are upgrading their ride. Most of them will settle for a Supersport since it's still in the affordable range for semi-professional servants like us. (Let's skip to the part where some of us are professionals, since we're taking a hypothesis scenario as an example). The sheer thrill especially when the first time we turn on the ignition, pressing the start button, initiating our first get-to-know moves on the bike, could be a slight curve-feeling on the seat or a sense of relieve on our expression whilst we pat the bike on the tank is really priceless. But at the same time, is this we really wanted?
KNOW THE WAY YOU RIDE
Are u a speed demon? A cornering suicidal? An adventurer? Or just a town gladiator? A scenery "enjoyer" or a weekend die-hard rider? These are also some of the main points we should take into consideration before we initiate the sequence of upgrading our machines. A speed demon's animal could perform slight different than a titan adventuror. Below are some of examples on how to take these factors as a weighting assistant in making a decision. (I say example, but at the end, you decide what you want to ride! )
You love to slight in the curves while not going too fast. Well, a slight of speed is to be considered, but not suicidal. For cases like this, normally you would need a very lightweight or exceptable weight for a bike. A ready-for-race KTM (or in Malaysia, pronounced as KeTaM, for riders) is the best choice to tackle the corner. You'll be surprised on how it performs. If you say that the bike tend to drift away, you probably watched too many Supermoto clips. I've seen few of my acquaintances "knee-down" using an SM.
Speed is your game? Get a Supersport or Superbike... But don't expect to be as agile as a KTM and entering a tight apex on speed of 260 km/j. But don't worry, if you stop at a traffic light, all eyes will gaze at you. Seriously!
I'm an Adventure rider. I go where most people tend to avoid. I just love going to places where I'm not familiar with. Then you should consider for all-rounder like the Kawasaki VERSYS, or the ever powerful (for adventure class) Bimmer GS1200 Adventure (the name even indicates what it can do. duhhh!) or a scrambler. They might not produce as high horsepower or high top end as the sportbikes and superbikes, but satisfying enough to try new roads along the way.
Scenery enjoyer needs a bike with less maintenance. Less wear and tear but the major thing is .... VERY COMFORTABLE FOR LONG RIDE. By then you should consider the Kawasaki Concours1400 (GTR 1400), but if you need extra speed, go for the Sport Touring. With default luggage compartment you'll find that as if you're in the comfort of your own home, even if you're on the road. Don't also forget the famous Goldwing or the autobot-like Kawaks Voyager.
If you are in a duel, racing against time and traffic in town, preferrably for you to take the street bike or the naked versions of the inline fours. The Ducati Hypermotards or economical Kawaks ER-6ns is some of the best choice since it's much more easier to slip into the traffic and the length of the handlebar is at the acceptable length to avoid being rammed to a car's side mirror.
ENDING OF A NAGGING...
All rides are fun. This is also including all bikes. I'm not saying the above is a must, but just a piece of mind for you to consider by the next you're upgrading. Be a wise rider to know what u need rather than what the bike needs. Get up, go out, go crazy with the miles and come back with a smile on your face!
=========================================================================
PENGENALAN
Saya amat seronok dan terpegun apabila melihat kebanyakan rakan2 permotorans saya menaiktarafkan tunggangan mereka. Kebanyakkannya akan membeli dari kategori Supersport memandangkan ia masih lagi mampu dimiliki bagi mereka yang bekerja semi-professional seperti kita. (Buat masa ini, oleh kerana kita mengambil contoh dari majoriti, walaupun ada yang berkerjaya professional). Rasa seronok menguasai diri sebaik sahaja kita memulas kunci, menekan suis hidup sambil menjalankan gerak mukadimmah ke atas motor kita seperti merasai lengkuk yang terdapat pada tempat duduk motor itu ataupun tepukan mesra pada tangki motor sambil memaparkan riak puas pada wajah kita sememangnya tak ternilai harganya. Tetapi, adakah ini yang kita mahukan?
KENALI CARA TUNGGANGAN
Anda pelesit? Mengambil selekoh seperti ingin membunuh diri? Seorang pengembara? Wira jalanan? Suka menikmati alam? Ataupun penunggang hujung minggu sahaja? Semua ini memainkan peranan yang agak penting dalam menimbangtara untuk membeli jentera baru. Motor untuk memecut mungkin akan berfungsi agak berbeza dari motosikal jenis mengembara. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh diambilkira sebelum membuat keputusan. (Saya kata contoh, tetapi pada dasarnya, anda yang memilih dan membuat keputusan )
Anda suka menyusuri selekoh-selekoh dengan tidak terlalu laju. Sikit laju bolehlah, tetapi bukan seperti membunuh diri. Untuk kes ini, secara amnya anda memerlukan motosikal yang ringan ataupun berat yang agak berpatutan. KTM yang sudah tersedia utk berlumba (Di Malaysia, ia dikenali sebagai KeTaM adalah contoh terbaik untuk melayan selekoh. Anda akan terperanjat dengan prestasinya. Jika anda kata motor ini akan melayang, anda telah menonton terlalu banyak acara Supermoto. Saya sendiri menyaksikan beberapa kenalan saya yang mengambil selekoh sambil mengenakan lutut ke bawah menggunakan jenis SM.
Suka kelajuan? Dapatkan kategori Supersport ataupun Superbike… tetapi jangan terlalu mengharap ia akan ringan seperti model KTM dan anda masuk ke selekoh dengan kelajuan 260 km/j. Jangan khuatir, kerana jika anda berhenti di lampu isyarat kelak, pasti semuanya melihat pada anda. Sungguh!
Saya seorang pengembara. Saya pergi ke tempat yang orang lain tidak suka pergi. Saya suka pergi ke tempat-tempat yang saya tidak kenali. Jika begini, anda harus mengambilkira untuk memiliki Kawasaki VERSYS ataupun Bimmer GS1200 Adventure yang memangnya dalam kelas pengembara (nama saja sudah tau apa yang ia mampu lakukan… duhhh!) ataupun motor dari kategori Scrambler. Ia mungkin tidak dapat mengeluarkan kuasa kuda ataupun kelajuan seperti kategori sportbikes dan superbikes, tetapi cukup utk menawan jalan2 baru.
Mereka yang suka menikmati pandangan memerlukan motor yang kurang kos penjagaan. Kurang barangan cepat haus, tetapi yang penting adalah SANGAT SELESA UNTUK PERJALANAN JAUH. Jika itu, anda boleh mengambilkira untuk Kawasaki Concours1400 (GTR 1400), tetapi jika mahukan sedikit laju, boleh dapatkan kategori Sport Touring. Dengan ruangan barangan yang tersedia, anda akan berasa seperti berada di rumah walaupun ketika itu sedang menunggang. Jangan lupakan Goldwing yang popular ataupun seperti-autobot Kawaks Voyager.
Sekiranya anda bertarung dengan masa dan kesesakan lalulintas di kota, adalah lebih baik anda mengambil streetbike ataupun kategori “bugil” daripada enjin inline four. Ducati Hypermotards ataupun Kawaks ER-6ns yang jimat adalah contoh terbaik memandangkan kedua-duanya boleh menyusur lalulintas dengan mudah dan juga panjang handlebar juga dapat mengelak dari melanggar cermin tepi kereta.
BERAKHIRNYA BEBELAN…
Semua perjalanan adalah seronok dan semua perjalanan adalah menyeronokkan. Saya tidak mengatakan semua di atas adalah wajib, tetapi sekadar alat untuk anda ambilkira sekiranya anda menaiktaraf tunggangan anda. Jadilah penunggang yang bijak untuk mengetahui apa yang anda perlukan daripada membeli apa yang anda mahukan. Bangun, keluar, jalan gila jauh dan dating balik dengan senyuman terpancar di wajah anda!